Rabu, 6 Januari 2010

Guru Al-Quran: Fadilah (Kelebihan) Mengajar, Belajar, Membaca dan Mendengar Bacaan Al-Quran

Guru Al-Quran: Fadilah (Kelebihan) Mengajar, Belajar, Membaca dan Mendengar Bacaan Al-Quran

Guru Al-Quran: Adab Membaca Al-Quran

Guru Al-Quran: Adab Membaca Al-Quran

Guru Al-Quran: Ringkasan Tajwid

Guru Al-Quran: Ringkasan Tajwid

Guru Al-Quran: Tusyen Al-Quran

Guru Al-Quran: Tusyen Al-Quran

Guru Al-Quran: Ringkasan Nahu

Guru Al-Quran: Ringkasan Nahu

Ringkasan Nahu

Pengenalan Kalimat dan Kalam.

1. Pengertian Kalimat dan Kalam.


a. Kalimat ialah kata tunggal (satu perkataan). Cotoh :
قَلَمٌ :pen كِتَابٌ :buku / kitab
كُرَّاسَةٌ :buku tulis مِمْسَحَةٌ :pemadam
سَبُّورَةٌ :papan tulis طَبَاشِيرٌ :kapur tulis
مِحْبَرَةٌ :botol dakwat حِبْرٌ :dakwat
b. Kalam ialah susunan beberapa kalimat yang bersuara dan boleh dipahami dengan bahasa Arab dan disengaja (ayat). Contoh :
هَذَا قلم :ini pen ذَالِكَ كتاب :itu buku / kitab
هَذِهِ كراسة :ini buku tulis تلك ممسحة :itu pemadam
هذه سبورة :ini papan tulis هذا طباشير :ini kapur tulis
تِلْكَ محبرة :itu botol dakwat ذلك حبر :itu dakwat

Kalam mempunyai empat syarat iaitu :
1. lafaz
2. murokkab
3. mufid
4. wadho’

Keterangan :
1. Lafaz.
Ialah suara yang mengandungi sebahagian daripada huruf-huruf hijaiah. Contoh :

قلم :pen كتاب :buku / kitab
كراسة :buku tulis ممسحة :pemadam
سبورة :papan tulis طباشير :kapur tulis
محبرة :botol dakwat حبر : dakwa

2. Murakkab.
Ialah kalam yang terangkai (tersusun) dari dua kalimat atau atau lebih. Contoh :
هذا قلم :ini pen ذلك كتاب :itu buku / kitab
هذه كراسة :ini buku tulis تلك ممسحة :itu pemadam
هذه سبورة :ini papan tulis هذا طباشير :ini kapur tulis
تلك محبرة :itu botol dakwat ذلك حبر :itu dakwat


3. Mufid.
Ialah susunan kalam yang boleh dipahami. Contoh :
هذا قلم :ini pen ذلك كتاب :itu buku / kitab
هذه كراسة :ini buku tulis تلك ممسحة :itu pemadam
هذه سبورة :ini papan tulis هذا طباشير :ini kapur tulis
تلك محبرة :itu botol dakwat ذلك حبر :itu dakwat


4. Wadho’.
Ialah susunan kalam dengan bahasa arab dan di sengaja. Contoh :
هذا قلم :ini pen ذلك كتاب :itu buku / kitab
هذه كراسة :ini buku tulis تلك ممسحة :itu pemadam
هذه سبورة :ini papan tulis هذا طباشير :ini kapur tulis
تلك محبرة :itu botol dakwat ذلك حبر :itu dakwat


2. Pembahagian Kalimat.


Kalmiat terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :
Isim. Contoh :
قلم :pen كتاب :buku / kitab
كراسة :buku tulis ممسحة :pemadam
سبورة :papan tulis طباشير :kapur tulis
محبرة :botol dakwat حبر :dakwat
Fi’il. Contoh :
نَصَرَ :menolong ضَرَبَ :memukul
كَتَبَ :menulis دَخَلَ :masuk
خَرَجَ :keluar طَلَبَ :menuntut
قَتَلَ :membunuh حَمِلَ :membawak
Huruf. Contoh :
مِنْ :dari فِى :di (di dalam)
إِلَى :ke (kepada) رُبَّ :sedikit/banyak sangat
عَنْ :dari بِ :dengan
عَلَى :atas كَ : seperti
لِ :bagi / milik


3. Pengertian Isim.


Isim ialah kata nama ataupun kata benda.
Contoh :
محبرة :botol dakwat حبر :dakwat
- Pembahagian Isim.
Isim terbahagi dua iaitu :
Isim Mu’rab, ialah isim yang akhirnya boleh berubah-ubah disebabkan perbezaan ‘amil [1]yang memasukinya. Contoh :
محبرة :botol dakwat حبر :dakwat
Isim Mabni, ialah isim yang akhirnya tidak boleh diubah oleh ‘amil. Contoh :
أَنَا :saya أَنْتُنَّ :kamu (pr)
نَحْنُ :kami هَوَ :dia (lk)
أَنْتَ :awak (lk) هِىَ :dia (pr)
أَنْتِ :awak (pr) هُمَا : mereka berdua (lk/pr)
أَنْتُمَا :awak berdua (lk/pr) هُمْ :mereka (lk)
أَنْتُمْ :kamu (lk) هُنَّ :mereka (pr)

- Hukum Isim Mu’rab :
Hukum Isim Mu’rab ada tiga iaitu :
1. Rafa’
2. Nsab
3. Khafad


4. Pengertian Fi’il.


Fi’il ialah kata kerja. Contoh :
نصر :menolong ضرب :memukul
- Pembahagian Fi’il :
Fi’il terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
1. fiil mabni
2. fiil mu’rob

Keterangan :
1. Fi’il Mabni. Ialah fi’il yang akhirnya tidak boleh berubah-ubah disebabkan ‘amil. Contoh :
نصر :menolong ضرب :memukul
2. Fi’il Mu’rab. Ialah fi’il yang akhirnya boleh berubah-ubah disebakan ‘amil. Contoh :
يَنْصُرُ :menolong يَضْرِبُ :memukul

Fi’il Mabni terbahagi tiga iaitu :
1. fiil madi
2. fiil amar
3. fiil nahi

Keterangan :
1. Fi’l Madi. Ialah pekerjaan yang lampau. Fi’il madi diertikan dengan awalan telah. Contoh :
نصر :telah menolong ضرب :telah memukul
2. Fi’il Amar. Ialah kata suruhan / perintah. Cara membetuk fi’il amar ada empat iaitu :

ambil fiil mudhari’
buang huruf mudhara’ah[2]
jazamkan akhirnya
kalau tidak boleh dibaca tambah hamzah wasol pada awalnya.

3. Fi’il Nahi. Ialah kata larangan. Fi’il nahi diertikan dengan awalan jangan. Cara membentuknya ada tiga iaitu :

ambil fi’il mudhari’
tambah pada awalnya la nahi
jazamkan akhirnya.



Fi’il Mu’rab :
Fi’il mu’rab hanya satu sahaja iaitu Fi’il Mudharik. Fi’il Mudharik ialah perbuatan sekarang atau akan datang. Cara mengertikannya dibuat dengan awalan sedang atau akan. Cara membentuknya ada dua iaitu :
ambil fi’il madi
tambah pada awalnya salah satu huruf mudhara’ah.
Hukum fi’il mudharik ada tiga iaitu :
1. Rafa’
2. Nsab
3. Jazam

5. Pengertian Huruf.


Huruf ialah selain kata benda dan kata kerja (kata penghubung).
Contoh :

من :dari فى :di (di dalam)
إلى :ke (kepada) رب :sedikit/banyak sangat
عن :dari ب :dengan
على :atas ك : seperti
ل :bagi / milik


Catatan :
1. semua huruf adalah mabni, tidak ada yang mu’rab, oleh sebab itu hurur tidak memfunyai hukum.
[1]. ‘Amil ialah kalimat yang mempunyai tugas (kebalikan ‘atil / kalimat yang tidak mempunyai tugas). Kalimat yang dimasuki ‘amil disebut ma’mil. ‘Amil terbahagi empat iaitu :
1. ‘amil rafa’. Tugasnya merafa’kan akhir kalimat.
2. ‘amil nasab. Tugasnya menasabkan akhir kalimat.
3. ‘amil khafad. Tugasnya mengkhafadkan akhir kalimat
4. ‘amil jazam. Tugasnya menjajamkan akhir kalimat.


[2] . huruf mudhara’ah ada 4 iaitu أ,ن,ي,ت

Ringkasan Tajwid

HUKUM NUN MATI (نْ ) DAN TANWIN(-ً –ٍ –ٌ)

1. IZHAR HALQI
(إظهار حلقي)
Ialah: Bila ada nun mati (نْ) atau tanwin selari (-ً –ٍ –ٌ) bertemu dengan salah satu huruf : أ ح خ ع غ ﻫ
Cara Membacanya: Suara nun mati atau tanwin dibaca jelas dan tidak boleh dengung
مِنْهَا – يَنْحِتُون َ- عَلِيمًا حَكِيمًا – مَنْ ءَامَنَ
2. IKHFA HAQIQII
(إخفاء حقيقي)
Ialah: Bila ada nun kosong (ن) atau tanwin tidak selari (-ً –ٍ –ٌ) bertemu dengan salah satu huruf : ت ث ج - د ذ ز - س ش ص - ض ط ظ – ف ق ك
Cara membaca: Ketika menyebut bunyi nun mati atau tanwin kita sudah bessedia untuk menyebut huruf yang di hadapannya (dengung & samar-samar)
أَنصَارٍ – إِنسَانٌ – رَسُولٌ كَرِيمٌ – عَذَابٌ ثَاقِبٌ
3. IQLAB
إقلاب)
Ialah: Bila ada nun kosong bermim kecil (نْ) atau tanwin bermim kecil (-ً –ٍ –ٌ) bertemu dengan huruf : ب
Cara baca: Dengan menukar bunyi nun mati / tanwin kepada bunyi mim mati dan dengung
مِنمبَعْدِ – عَوَانٌمبَيْنَ
4. IDGHOM BI GHUNNAH
(إدغام بغنة)
Ialah: Bila ada nun kosong (ن) atau tanwin tidak selari (-ً –ٍ –ٌ) bertemu dengan salah satu huruf : ي و م ن
Cara baca: Memasukkan bunyi nun mati atau tanwin kepada salah satu huruf idgham dan dengung
مِن وَرَآئِهِمْ – مَن يَرَىا
نَكُن مَّعَكُمْ
5. IDGHOM BILA GHUNNAH
(إدغام بلا غنة)
Ialah: Bila ada nun kosong (ن) atau tanwin tidak selari (-ً –ٍ –ٌ) bertemu dengan salah satu huruf : ل ر
Cara baca: Memasukkan bunyi nun mati atau tanwin kepada salah satu huruf idgham dan tidak boleh dengung
مِن رَّبِّهِمْ – مِن لَّدُ نكَ

Selasa, 5 Januari 2010

Fadilah (Kelebihan) Mengajar, Belajar, Membaca dan Mendengar Bacaan Al-Quran

Fadilah (Kelebihan) Mengajar, Belajar, Membaca dan Mendengar Bacaan Al-Quran

Al-Quran adalah kalam Allah swt yang suci. Membaca dan mempelajarinya tidak sama dengan membaca ataupun mempelajjari buku-buku lainnya. Orang yang mengajarkan atau belajar dan banyak membaca al-Quran akan mendapat derajat yang tinggi di sisi Allah swt. Dibawah ini kami akan menuliskan beberapa Hadith Nabi Muhammad saw berkenaan dengan kelebihan orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.

1. Sabda Rasulullah saw:

خَيْرُكُم مَن تَعَلَّمَ الْقُرْءَانَ وَعَلَّمَهُ
Ertinya:

“Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”. (Riwayat Bukhari).










2. Sabda Rasulullah saw:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْءَانِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَؤُهُ وَهُوَ عَلَيْهِ شَآقٌّ يُتَعْتِعُ فِيهِ لَهُ أَجْرَانِ
Ertinya:

“Orang yang mahir al-Quran akan bersama Malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit (susah) dan merangkak maka baginya dua pahala kebajikan”. (Riwayat Muslim)

3. Sabda Rasulullah saw:

يَا أَبَاهُرَيْرَةَ, تَعَلَّمِ الْقُرْءَانَ وَعَلِّمْهُ النَّاسَ وَلاَتَزَلْ كَذَالِكَ حَتىَ يَأْتِيَكَ الْمَوْتُ, فَإِنْ أَتَاكَ الْمَوْتُ وَأَنتَ كَذَالِكَ حَجَّتِ الْمَلَائِكَةُ إِلَى قَبْرِكَ كَمَا يَحِجُّ الْمُؤْمِنُونَ إِلَى بَيْتِ اللَّهِ الْحَرَامِ
Ertinya:

“Wahai Abu Hurairah… pelajarilah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia dan tetapilah yang demikian sampai matimu, maka sesungguhnya jikalau engkau mati dalam keadaan yang demikian (belajar & mengajar al-Quran) Malaikat akan menziarahi kuburmu seperti mana manusia menziarahi Baitullah al-Haram”.(Hadith Riwayat Al-Dailamy)

Banyak lagi Hadith-hadith Nabi yang menerangkan bagaimana kelebihan orang yangb belajar, mengajarkan dan membaca al-Quran. Seperti dalam satu riwayat yang mafhumnya: “Orang yang banyak membaca al-Quran semasa hidup dalam dunia maka setelahi ia wapat dan dimasukkan dalam kubur, bacaan al-Qurannya tadi akan berubah menjadi rupa manusia yang sangat cantik dan akan menjadi kawan baginya dalam kubur dan ia akan membantunya dalam menjawab pertanyaan Malaikat Munkar Nakir dan ia akan menjadi penerang baginya dalam kubur”.

Alangkah bahagianya nanti orang yang banyak membaca al-Quran dengan niyat yang ikhlas kerana Allah setelah wapat dan masuk dalam kubur. Allahummaj’alna minhum.


4. Sabda Rasulullah saw:

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِن كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Ertinya:

“Barang siapa membaca satu huruf daripadab kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu digandakan sepuluh seumpamanya, tidak aku katakana alif lam mim satu huruf, aka tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”. (Riwayat Tirmizi)

5. Sabda Rasulullah saw:
اقْرَؤُوا الْقُرْءَانَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعُا لِأَصْحَابِهِ
Ertinya:

“Baca kamulah al-Quran, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembacanya”. (Riwayat Muslim)

6. Sabda Rasulullah saw:

مَنِ اسْتَمَعَ إِلَى ءَايَةٍ مِن كِتَابِ اللَّهِ كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Ertinya:

“Barang siapa mendengar satu ayat dari kitab Allah swt maka ianya akan jadi cahaya untuknya hari kiamat”. (Riwayat Ahmad).

Adab Membaca Al-Quran

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN

Untuk memenuhi cara pembacaan al-Quran yang sempurna maka para ulama telah menggariskan beberapa adab ketika membaca al-Quran yang sangat penting untuk kita perhatikan, diantaranya :

1. Ikhlaskan niat kerana Allah, bagi menghindarkan perasaan ria (menunjuk-nunjuk) dan sum’ah (ingin didengar). Firman Allah SWT :
قل أمرت ان اعبد الله مخلصا له الدين
Ertinya :

“Katakanlah wahai Muhammad sesugguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan penuh keikhlasan kepadanya dalam beragama.” (al-Zumar : 11)

2. Menghadirkan hati , tadabbur (memperhatikan dan memikirkan) ketika membaca al-Quran. Allah SWT berfirman :
كتاب أنزلناه إليك مبارك ليدبروا ءاياته وليتذكروا أوْلواْ الألباب
Ertinya :

“Inilah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) dengan penuh keberkatan supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya peringatan bagib orang yang berakal.” (Shad : 29)

3. Membaca Isti’azah ketika hendak memulai membacanya. Allah SWT berfirman :
فإذا قرأت القرءان فاستعذ بالله من السيطان الرجيم
Ertinya :

“Apabiala kamu hendak membaca al-Quran maka hendaklah kamu memintak perlindungan kepada Allah daripada Syaithan yang terkutuk (membaca isti’azah).” ( )

4. Membaca Basmalah sesudah Isti’azah sebelum membaca al-Quran. Rasulullah SAW bersabda :
كل أمر ذى بال لا يبدأ فيه ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أقطع (رواه أبو داوود)
Ertinya :

“Setiap perkara baik (kebajikan) yang tidak dimulakan dengan Basmalah (Bimillahi al-Rahmani al-Rahim) maka ia terputus daripada keberkatan.” (H.R Abu Daud).

5. Membaca dalam keadaan berwudu, sekalipun boleh membaca al-Quran tanpa berwudu, sebab yang tidak boleh bagi orang yang tidak berwudu adalah menyentuh al-Quran, adapun membacanya boleh. Sayyina Ali berkata :

رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم توضأ ثم قرأ شيئا من القرءان ثم قال هكذا لمن ليس بجنب فأماالجنب فلا ولو ءاية (رواه الهيثمى)
Ertinya :

“Saya melihat Rasulullah SAW berwudu lalu beliau membaca sebahagian daripada ayat al-Quran, kemudian beliau bersabda : beginilah bagi orang yang tidak berjunub, adapun orang yangt berjunub tidak boleh membacanya walaupun satu ayat”
6. Membaca di tempat yang suci dan bersih. Tidak boleh membaca di tempat yang bersih tetapi tidak suci dan tempat yang tidak layak dengnan kesucian al-Quran. Al-Sya’abi berkata :

Tusyen Al-Quran

Belajar Baca Al-Quran

السلام عليكم ورحمة الله وبزكاته

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
طلب العلم فيضة على كل مسلم ومسلمة
Ertinya:
“Menuntut ilmu (agama) adalah diwajibkan keatas setiap orang muslim lelaki dan perempuan” (Hadith Riwayat Al-Baihaqy )

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : " يجيء صاحب القرآن يوم القيامة فيقول القرآن يارب حله (أي ألبسه حلة) فيلبس تاج الكرامة ، ثم يقول يارب زده فيلبس حلة الكرامة ، ثم يقول يا رب ارض عنه فيرضى عنه ، فيقال له اقرأ وارق ويزداد بكل أية حسنة " رواه الترمذي

Ertinya:

"Pembaca al-Quran akan datang pada hari kiamat, lantas al-Quran berdo'a: Wahai Tuhanku pakaikanlah kepadanya perhiasan. maka diapun di beri perhiasan kemuliaan. kemudian al-Quran berdo'a lagi: Wahai Tuhanku tambahilah baginya ya Allah, maka ia diberi pakaian kemuliaan. kemudian al-Quran berdo'a pula: Wahai Tuhanku ridoilah dia, maka Allah meridoinya. maka dikatakan baginya: Bacalah dan berlemah lembutlah, setiap ayat akan ditambah satu keazikan. (HR. Al-Tirmizy)

قال صلى الله عليه وسلم : " يا أبا هريرة تعلم القرآن وعلمه الناس ولا تزال كذلك حتى يأتيك الموت فإنه إن أتاك الموت وأنت كذلك حجت الملائكة إلى قبرك كما تحج المؤمنون إلى بيت الله الحرام " أخرجه الترمذي والنسائي وابن ماجة

Ertinya:

“Wahai Abu Hurairah… pelajarilah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia dan tetapilah yang demikian sampai matimu, maka sesungguhnya jikalau engkau mati dalam keadaan yang demikian (belajar & mengajar al-Quran) Malaikat akan menziarahi kuburmu seperti mana manusia menziarahi Baitullah al-Haram”.

Dengan perantaraan tulisan ini kami ingin mengajak Tuan, Puan, Encik ataupun Cik untuk belajar baca al-Quran. Insya Allah kami boleh mengajar bacaan al-Quran dengan Fasih dan bertajwid. Dan di samping mengajar al-Quran kami juga boleh mengajarkan asas fardu ‘ain, asas bahasa arab, asas tauhid, asas tulis jawi dan asas tarannum (seni al-Quran). Kami Khusus mengajar dari rumah kerumah. Kalau Tuan, Puan, Encik ataupun Cik ada minat belajar dengan kami dan ingin mengetahui maklumat lanjut sila hubungi kami di talian:
014-320 7803 / 016-370 1891