Selasa, 5 Januari 2010

Adab Membaca Al-Quran

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN

Untuk memenuhi cara pembacaan al-Quran yang sempurna maka para ulama telah menggariskan beberapa adab ketika membaca al-Quran yang sangat penting untuk kita perhatikan, diantaranya :

1. Ikhlaskan niat kerana Allah, bagi menghindarkan perasaan ria (menunjuk-nunjuk) dan sum’ah (ingin didengar). Firman Allah SWT :
قل أمرت ان اعبد الله مخلصا له الدين
Ertinya :

“Katakanlah wahai Muhammad sesugguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan penuh keikhlasan kepadanya dalam beragama.” (al-Zumar : 11)

2. Menghadirkan hati , tadabbur (memperhatikan dan memikirkan) ketika membaca al-Quran. Allah SWT berfirman :
كتاب أنزلناه إليك مبارك ليدبروا ءاياته وليتذكروا أوْلواْ الألباب
Ertinya :

“Inilah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) dengan penuh keberkatan supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya peringatan bagib orang yang berakal.” (Shad : 29)

3. Membaca Isti’azah ketika hendak memulai membacanya. Allah SWT berfirman :
فإذا قرأت القرءان فاستعذ بالله من السيطان الرجيم
Ertinya :

“Apabiala kamu hendak membaca al-Quran maka hendaklah kamu memintak perlindungan kepada Allah daripada Syaithan yang terkutuk (membaca isti’azah).” ( )

4. Membaca Basmalah sesudah Isti’azah sebelum membaca al-Quran. Rasulullah SAW bersabda :
كل أمر ذى بال لا يبدأ فيه ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أقطع (رواه أبو داوود)
Ertinya :

“Setiap perkara baik (kebajikan) yang tidak dimulakan dengan Basmalah (Bimillahi al-Rahmani al-Rahim) maka ia terputus daripada keberkatan.” (H.R Abu Daud).

5. Membaca dalam keadaan berwudu, sekalipun boleh membaca al-Quran tanpa berwudu, sebab yang tidak boleh bagi orang yang tidak berwudu adalah menyentuh al-Quran, adapun membacanya boleh. Sayyina Ali berkata :

رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم توضأ ثم قرأ شيئا من القرءان ثم قال هكذا لمن ليس بجنب فأماالجنب فلا ولو ءاية (رواه الهيثمى)
Ertinya :

“Saya melihat Rasulullah SAW berwudu lalu beliau membaca sebahagian daripada ayat al-Quran, kemudian beliau bersabda : beginilah bagi orang yang tidak berjunub, adapun orang yangt berjunub tidak boleh membacanya walaupun satu ayat”
6. Membaca di tempat yang suci dan bersih. Tidak boleh membaca di tempat yang bersih tetapi tidak suci dan tempat yang tidak layak dengnan kesucian al-Quran. Al-Sya’abi berkata :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan