Selasa, 5 Januari 2010

Tusyen Al-Quran

Belajar Baca Al-Quran

السلام عليكم ورحمة الله وبزكاته

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
طلب العلم فيضة على كل مسلم ومسلمة
Ertinya:
“Menuntut ilmu (agama) adalah diwajibkan keatas setiap orang muslim lelaki dan perempuan” (Hadith Riwayat Al-Baihaqy )

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : " يجيء صاحب القرآن يوم القيامة فيقول القرآن يارب حله (أي ألبسه حلة) فيلبس تاج الكرامة ، ثم يقول يارب زده فيلبس حلة الكرامة ، ثم يقول يا رب ارض عنه فيرضى عنه ، فيقال له اقرأ وارق ويزداد بكل أية حسنة " رواه الترمذي

Ertinya:

"Pembaca al-Quran akan datang pada hari kiamat, lantas al-Quran berdo'a: Wahai Tuhanku pakaikanlah kepadanya perhiasan. maka diapun di beri perhiasan kemuliaan. kemudian al-Quran berdo'a lagi: Wahai Tuhanku tambahilah baginya ya Allah, maka ia diberi pakaian kemuliaan. kemudian al-Quran berdo'a pula: Wahai Tuhanku ridoilah dia, maka Allah meridoinya. maka dikatakan baginya: Bacalah dan berlemah lembutlah, setiap ayat akan ditambah satu keazikan. (HR. Al-Tirmizy)

قال صلى الله عليه وسلم : " يا أبا هريرة تعلم القرآن وعلمه الناس ولا تزال كذلك حتى يأتيك الموت فإنه إن أتاك الموت وأنت كذلك حجت الملائكة إلى قبرك كما تحج المؤمنون إلى بيت الله الحرام " أخرجه الترمذي والنسائي وابن ماجة

Ertinya:

“Wahai Abu Hurairah… pelajarilah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia dan tetapilah yang demikian sampai matimu, maka sesungguhnya jikalau engkau mati dalam keadaan yang demikian (belajar & mengajar al-Quran) Malaikat akan menziarahi kuburmu seperti mana manusia menziarahi Baitullah al-Haram”.

Dengan perantaraan tulisan ini kami ingin mengajak Tuan, Puan, Encik ataupun Cik untuk belajar baca al-Quran. Insya Allah kami boleh mengajar bacaan al-Quran dengan Fasih dan bertajwid. Dan di samping mengajar al-Quran kami juga boleh mengajarkan asas fardu ‘ain, asas bahasa arab, asas tauhid, asas tulis jawi dan asas tarannum (seni al-Quran). Kami Khusus mengajar dari rumah kerumah. Kalau Tuan, Puan, Encik ataupun Cik ada minat belajar dengan kami dan ingin mengetahui maklumat lanjut sila hubungi kami di talian:
014-320 7803 / 016-370 1891

Tiada ulasan:

Catat Ulasan