Rabu, 6 Januari 2010

Ringkasan Nahu

Pengenalan Kalimat dan Kalam.

1. Pengertian Kalimat dan Kalam.


a. Kalimat ialah kata tunggal (satu perkataan). Cotoh :
قَلَمٌ :pen كِتَابٌ :buku / kitab
كُرَّاسَةٌ :buku tulis مِمْسَحَةٌ :pemadam
سَبُّورَةٌ :papan tulis طَبَاشِيرٌ :kapur tulis
مِحْبَرَةٌ :botol dakwat حِبْرٌ :dakwat
b. Kalam ialah susunan beberapa kalimat yang bersuara dan boleh dipahami dengan bahasa Arab dan disengaja (ayat). Contoh :
هَذَا قلم :ini pen ذَالِكَ كتاب :itu buku / kitab
هَذِهِ كراسة :ini buku tulis تلك ممسحة :itu pemadam
هذه سبورة :ini papan tulis هذا طباشير :ini kapur tulis
تِلْكَ محبرة :itu botol dakwat ذلك حبر :itu dakwat

Kalam mempunyai empat syarat iaitu :
1. lafaz
2. murokkab
3. mufid
4. wadho’

Keterangan :
1. Lafaz.
Ialah suara yang mengandungi sebahagian daripada huruf-huruf hijaiah. Contoh :

قلم :pen كتاب :buku / kitab
كراسة :buku tulis ممسحة :pemadam
سبورة :papan tulis طباشير :kapur tulis
محبرة :botol dakwat حبر : dakwa

2. Murakkab.
Ialah kalam yang terangkai (tersusun) dari dua kalimat atau atau lebih. Contoh :
هذا قلم :ini pen ذلك كتاب :itu buku / kitab
هذه كراسة :ini buku tulis تلك ممسحة :itu pemadam
هذه سبورة :ini papan tulis هذا طباشير :ini kapur tulis
تلك محبرة :itu botol dakwat ذلك حبر :itu dakwat


3. Mufid.
Ialah susunan kalam yang boleh dipahami. Contoh :
هذا قلم :ini pen ذلك كتاب :itu buku / kitab
هذه كراسة :ini buku tulis تلك ممسحة :itu pemadam
هذه سبورة :ini papan tulis هذا طباشير :ini kapur tulis
تلك محبرة :itu botol dakwat ذلك حبر :itu dakwat


4. Wadho’.
Ialah susunan kalam dengan bahasa arab dan di sengaja. Contoh :
هذا قلم :ini pen ذلك كتاب :itu buku / kitab
هذه كراسة :ini buku tulis تلك ممسحة :itu pemadam
هذه سبورة :ini papan tulis هذا طباشير :ini kapur tulis
تلك محبرة :itu botol dakwat ذلك حبر :itu dakwat


2. Pembahagian Kalimat.


Kalmiat terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :
Isim. Contoh :
قلم :pen كتاب :buku / kitab
كراسة :buku tulis ممسحة :pemadam
سبورة :papan tulis طباشير :kapur tulis
محبرة :botol dakwat حبر :dakwat
Fi’il. Contoh :
نَصَرَ :menolong ضَرَبَ :memukul
كَتَبَ :menulis دَخَلَ :masuk
خَرَجَ :keluar طَلَبَ :menuntut
قَتَلَ :membunuh حَمِلَ :membawak
Huruf. Contoh :
مِنْ :dari فِى :di (di dalam)
إِلَى :ke (kepada) رُبَّ :sedikit/banyak sangat
عَنْ :dari بِ :dengan
عَلَى :atas كَ : seperti
لِ :bagi / milik


3. Pengertian Isim.


Isim ialah kata nama ataupun kata benda.
Contoh :
محبرة :botol dakwat حبر :dakwat
- Pembahagian Isim.
Isim terbahagi dua iaitu :
Isim Mu’rab, ialah isim yang akhirnya boleh berubah-ubah disebabkan perbezaan ‘amil [1]yang memasukinya. Contoh :
محبرة :botol dakwat حبر :dakwat
Isim Mabni, ialah isim yang akhirnya tidak boleh diubah oleh ‘amil. Contoh :
أَنَا :saya أَنْتُنَّ :kamu (pr)
نَحْنُ :kami هَوَ :dia (lk)
أَنْتَ :awak (lk) هِىَ :dia (pr)
أَنْتِ :awak (pr) هُمَا : mereka berdua (lk/pr)
أَنْتُمَا :awak berdua (lk/pr) هُمْ :mereka (lk)
أَنْتُمْ :kamu (lk) هُنَّ :mereka (pr)

- Hukum Isim Mu’rab :
Hukum Isim Mu’rab ada tiga iaitu :
1. Rafa’
2. Nsab
3. Khafad


4. Pengertian Fi’il.


Fi’il ialah kata kerja. Contoh :
نصر :menolong ضرب :memukul
- Pembahagian Fi’il :
Fi’il terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
1. fiil mabni
2. fiil mu’rob

Keterangan :
1. Fi’il Mabni. Ialah fi’il yang akhirnya tidak boleh berubah-ubah disebabkan ‘amil. Contoh :
نصر :menolong ضرب :memukul
2. Fi’il Mu’rab. Ialah fi’il yang akhirnya boleh berubah-ubah disebakan ‘amil. Contoh :
يَنْصُرُ :menolong يَضْرِبُ :memukul

Fi’il Mabni terbahagi tiga iaitu :
1. fiil madi
2. fiil amar
3. fiil nahi

Keterangan :
1. Fi’l Madi. Ialah pekerjaan yang lampau. Fi’il madi diertikan dengan awalan telah. Contoh :
نصر :telah menolong ضرب :telah memukul
2. Fi’il Amar. Ialah kata suruhan / perintah. Cara membetuk fi’il amar ada empat iaitu :

ambil fiil mudhari’
buang huruf mudhara’ah[2]
jazamkan akhirnya
kalau tidak boleh dibaca tambah hamzah wasol pada awalnya.

3. Fi’il Nahi. Ialah kata larangan. Fi’il nahi diertikan dengan awalan jangan. Cara membentuknya ada tiga iaitu :

ambil fi’il mudhari’
tambah pada awalnya la nahi
jazamkan akhirnya.



Fi’il Mu’rab :
Fi’il mu’rab hanya satu sahaja iaitu Fi’il Mudharik. Fi’il Mudharik ialah perbuatan sekarang atau akan datang. Cara mengertikannya dibuat dengan awalan sedang atau akan. Cara membentuknya ada dua iaitu :
ambil fi’il madi
tambah pada awalnya salah satu huruf mudhara’ah.
Hukum fi’il mudharik ada tiga iaitu :
1. Rafa’
2. Nsab
3. Jazam

5. Pengertian Huruf.


Huruf ialah selain kata benda dan kata kerja (kata penghubung).
Contoh :

من :dari فى :di (di dalam)
إلى :ke (kepada) رب :sedikit/banyak sangat
عن :dari ب :dengan
على :atas ك : seperti
ل :bagi / milik


Catatan :
1. semua huruf adalah mabni, tidak ada yang mu’rab, oleh sebab itu hurur tidak memfunyai hukum.
[1]. ‘Amil ialah kalimat yang mempunyai tugas (kebalikan ‘atil / kalimat yang tidak mempunyai tugas). Kalimat yang dimasuki ‘amil disebut ma’mil. ‘Amil terbahagi empat iaitu :
1. ‘amil rafa’. Tugasnya merafa’kan akhir kalimat.
2. ‘amil nasab. Tugasnya menasabkan akhir kalimat.
3. ‘amil khafad. Tugasnya mengkhafadkan akhir kalimat
4. ‘amil jazam. Tugasnya menjajamkan akhir kalimat.


[2] . huruf mudhara’ah ada 4 iaitu أ,ن,ي,ت

Tiada ulasan:

Catat Ulasan